Tuesday 25 February 2014

Lata Kekabu Lenggong Perak






Hutan lipur Lata Kekabu terletak dalam Hutan Simpan Bintang Hijau dan mempunyai jenis hutan dipterokarp Bukit. Air terjun yang cantik kira-kira 50 meter tinggi dan sungai yang bersih mengalir di kawasan ini.

Kawasan ini sesuai dikunjungi untuk bersiar-siar,berehat dan berkelah pada hujung minggu.Kemudahan tapak khemah .dewan serba guna,surau serta bilik mandi disediakan untuk kemudahan pengunjung yang ingin tinggal lebih lama atau untuk menjalankan berbagai aktiviti berbentuk pendidikan ,rekreasi dan riadah.