Taman Rekreasi Gunung Lang

Taman Rekreasi Gunung Lang yang terletak hanya lima kilometer dari bandar Ipoh adalah salah satu gunung batu kapur yang banyak terdapat di negeri Perak, Malaysia, khususnya di Lembah Kinta. Jajaran Gunung Lang merupakan kawasan bukit batu kapur yang terletak di tengah Lembah Kinta dan merupakan kawasan rekreasi yang terletak di utara Bandaraya Ipoh Ianya boleh di masuki melalui Lebuhraya Utara Selatan melalui susur keluar Sungai Siput dan Jalan Kuala Kangsar.

    Kawasan bukit batu kapur ini telah di terokai seawal 1880 oleh pelombong bijih timah Melayu yang mana perlombongan ini telah di lakukan di dalam gua-gua yang terdapat di sini. Kawasan ini juga telah di jadikan kawasan perlombongan bijih besi dan menghasilkan kawasan landskap terganggu seperti kawasan berpaya dan tasik. Kajian Rancangan Tempatan Ipoh 2020 telah mengariskan kawasan Gunung Lang seluas 111.93 hektar sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 2 dan perlu di pulihara. Pembangunan yang di benarkan untuk kawasan ini hanyalah eko pelancongan, penyelidikan dan pendidikan. Keunikan formasi batu kapur ini juga menarik minat pengunjung kerana ianya terletak berhampiran pusat bandar Ipoh.

    Menjelang tahun 1999-2003, Majlis Bandaraya Ipoh dan Jabatan Landskap Negara, Kementerian Perumahan Tempatan telah  membangunkan kawasan ini di bawah Rancangan Malaysia ke 8 sebagai pembangunan Taman Awam. Gunung Lang telah dijadikan kawasan rekreasi oleh Majlis Bandaraya Ipoh. Taman ini dilengkapi dengan tiga buah tasik buatan dari bekas lombong bijih timah. Dengan peruntukan sebanyak RM8.4 juta, Taman Gunung Lang kemudian dibangunkan melalui fasa pertama dan kedua sebagai taman rekreasi awam sepenuhnya pada 1999 di bawah Rancangan Malaysia ke Tujuh (RMK-7) oleh Jabatan Landskap Negara. Majlis Bandaraya Ipoh merancang untuk meneruskan projek pembinaan fasa ketiga taman rekreasi itu dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9). Pembangunan ini merangkumi komponen laluan pejalan kaki, menara pandang jauh, jeti bot, tandas serta air terjun buatan tertinggi di Malaysia. Kawasan ini telah berjaya menampung kehendak penduduk kawasan bandaraya Ipoh serta menjadi tumpuan pelancong sebagai ‘stop over point’ laluan Lebuh raya Utara Selatan

Cara ke sana
  • Jika anda dari bandar Ipoh, anda perlu mengikuti Jalan Kuala Kangsar yang menuju ke Kuala Kangsar. Hanya 5 minit dari dari bandar Ipoh.
  • Jika anda dari Kuala Lumpur, anda hanya perlu keluar dari Lebuh raya Utara Selatan di susur keluar Ipoh Utara 1 km dari situ anda akan temui papan tanda Taman Rekreasi Gunung Lang.

Tempat letak kereta luas di tepi tasik secara percuma.

Tambang untuk menaiki bot : RM3 bagi dewasa, RM2 bagi pelajar sekolah menengah, RM1 pelajar sekolah rendah, RM0.50 sen bagi kanak-kanak dan warga emas RM1.50 untuk ke pulau itu sejauh kira-kira 300 meter.

Peta lokasi 

No comments:

Post a Comment